2,413 Kes Positif Baharu, Sabah Sekali Lagi Catat Rekod Tertinggi

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan bilangan kes tertinggi dua hari berturut-turut selepas 2,413 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negeri itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Bilangan hari ini adalah 310 kes melebihi semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata, lonjakan kes hari ini juga adalah susulan 258 sampel ujian tertunggak yang menunjukkan keputusan positif.

Katanya, kebanyakan jangkitan dikesan di Kota Kinabalu, iaitu 594 kes, disusuli Tawau (348), Penampang (177), Tuaran (174) dan Keningau (153).

“Kontak rapat tetap merupakan penyumbang utama kepada bilangan jangkitan harian di negeri ini, iaitu 1,410 kes atau 58.4%,” katanya

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata, saringan tidak bergejala meliputi 538 kes manakala kluster sedia ada pula 233 kes.

Satu kluster baharu dikesan hari ini, iaitu kluster Sungai Pin di Kinabatangan.

Masidi berkata, setakat semalam, 24.7% golongan dewasa di Sabah telah menerima dos penuh vaksin, manakala 48.4% tmendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *