
PUTRAJAYA: Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sampai ke Istana Negara sekitar jam 12.23 pm tadi.
Menurut Bernama, beliau dilaporkan keluar dari Perdana Putra, Putrajaya sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet bagi menghadap YDPA Sultan Abdullah.
Sementara itu, kenderaan menteri-menteri dilapor dilihat keluar dari bangunan Perdana Putra selepas usai mesyuarat Kabinet sebentar tadi.
Kenderaan membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra pukul 8.07 pagi bagi perjumpaan pegawai tertinggi kerajaan dan mesyuarat khas Kabinet.
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 16, 2021
Ini susulan laporan bahawa beliau akan bertemu dengan YDP Agong hari ini berhubung kedudukannya selaku Perdana Menteri. pic.twitter.com/hc8DbVXgbm
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali keluar dari Istana Negara pada pukul 11.53 pagi tadi pic.twitter.com/oCQCce2tgS
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 16, 2021