
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Perdana Putra pagi ini bagi mengadakan perjumpaan bersama pegawai tertinggi kerajaan dan mesyuarat khas Jemaah Menteri.
Perjumpaan itu dibuat sebelum Muhyiddin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, berkaitan kedudukannya selaku perdana menteri.
Menurut laporan Bernama TV, kenderaan membawa Muhyiddin tiba di Perdana Putra pada 8.07 pagi.
Terdahulu, kenderaan membawa Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki perkarangan bangunan Perdana Putra pada 8.10 pagi tadi.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost