5 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD

KOTA KINABALU: Sebanyak lima lagi lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata dalam kenyataan, pelaksanaan PKPD di semua lokaliti itu adalah susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Berikut adalah lokaliti-lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD di Sabah mulai 17 Ogos ;

  • Empat lokaliti di Kota Belud, melibatkan Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu, Kampung Suang Punggur dan Kampung Tambulaung
  • Taman Megah Jaya, Tawau, Sabah (Lorong Megah 2,3, 9, dan 10)

Pelanjutan PKPD pada 17 hingga 20 Ogos

Kampung Tagibang, Kota Marudu, Sabah

Penamatan PKPD di Sabah pada 16 Ogos:

  • Ladang Agathis, Kalabakan
  • Kampung Bakalau, Beaufort
  • Kampung Nosoob, Penampang
  • Perumahan Ladang Hibumas, Sungai- Sungai, Beluran
  • Kampung Gusung, Kota Kinabalu

Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata, sebanyak 174 kompaun dikeluarkan dan sembilan lagi direman atas kesalahan ingkar SOP semalam.

Katanya, selain itu 65 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Tambahnya, seramai 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga buah kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *