7 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah Mulai 10 Ogos

KOTA KINABALU: Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, lima kawasan di Sabah, Terengganu dan Kelantan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 Ogos ini.

Beliau berkata, PKPD itu dilaksanakan selepas meneliti penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD Di Sabah bermula 10 hingga 23 Ogos seperti berikut:

  • Blok 11 Kg Titingan, Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, Kampung Rawa-Rawa Batu 4 di Tawau, Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan, Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo, Kalabakan dan Kampung Padas di Kota Kinabalu.

Penamatan PKPD di Sabah pada 9 Ogos

Kampung Sumaang, Ranau, Kampung Sangkabok, Menumbok, Kuala Penyu, Taman Semarak Megah, Tawau, Ladang Belian, Kalabakan, dua lokaliti di Sipitang, Kampung Pelakat, Kampung Pelakat Jaya, dua lokaliti Beaufort, Kampung Batandok dan Kampung Menanjung, Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *