PM, Paguam Negara Menghadap Agong Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pagi ini.

Difahamkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga akan turut sama dalam pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, tidak diketahui tujuan pertemuan itu dilakukan.

Pada kebiasaannya Muhyiddin akan melakukan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan kertas kabinet.

Selepas pertemuan itu, Muhyiddin dijadualkan untuk mengadakan Mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada Selasa, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Antara pemimpin UMNO yang menyertai sidang akhbar itu ialah Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) serta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang). – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *