PKPD Dikenakan Ke Atas 9 Lagi Lokaliti Di Sabah Mulai Selasa Ini

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lagi kawasan di Sabah bermula Selasa ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD selama 14 hari itu membabitkan 28 lokaliti.

Menurutnya, sembilan kawasan terbabit iaitu di Kampung Mananam, Tongod; Taman Semarak Megah, Tawau; Kampung Sangkabok, Menumbok; Ladang Belian, Kalabakan dan Kampung Sumaang, Ranau.

“Masing-masing dua lokaliti di Beaufort dan Sipitang iaitu Kampung Batandok, Kampung Menanjung, Kampung Pelakat serta Kampung Pelakat Paya,” katanya.

Beliau berkata, prosedur operasi standard bagi kesemua PKPD berkenaan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan menamatkan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah iaitu Kampung Nahaba, Tegudon, Kota Belud; Jalan Pasir Likas; Taman Kuala Menggatal; Kuarters Tangki Air Biru, Telipok; Borneo Timber, Tongod; Kampung Tebongon, Putatan; Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan, Klias.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost