Naik Mendadak! 712 Kes Baharu Di Sabah, Ramai Tidak Patuh SOP – Masidi

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 bagi negeri Sabah hari ini melonjak secara mendadak ke angka 712.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata peningkatan kes itu menggambarkan masih ramai yang tidak mematuhi SOP sepenuhnya.

“Kini kita berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi perintah kawalan pergerakan (untuk sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan) kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemuilhan.

“Jumlah yang tinggi di kalangan kategori kontak rapat juga satu petunjuk bahawa lebih ramai sudah menjadi pembawa virus ini dan kemungkinan telah menjangkiti rangkain sahabat-sahabat mereka pula. Ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Berikutan itu, Masidi mengajak rakyat Sabah supaya sentiasa mematuhi semua SOP dan “mengurangkan perjalanan keluar dpd rumah kecuali perlu”.

Mengenai kes hari ini, beliau berkata semua daerah di Sabah mencatatkan kes baharu.

“Lebih separuh iaitu 383 kes (53.8%) penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari saringan kontak rapat, diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 112 kes (15.7%) dan sarıngan bersasar 88 kes (12.4%),” katanya.

Masidi berkata dua kluster baru dilaporkan hari ini iaitu Kluster Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu (Rumah Persekutuan) merekodkan sembilan kes dan Kluster Nosoob Baru satu kes.

Kota Kinabalu terus mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi iaitu 161 kes, diikuti Sandakan 98 kes dan Beaufort dengan 72 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *