Pemandu Lori Maut Dihempap Balak

Lori membawa muatan balak yang terbalik di Jalan Tambunan, Keningau.- Gambar Ihsan Polis

KENINGAU: Seorang pemandu lori maut akibat dihempap balak yang dimuatkan kenderaan dibawanya dalam kemalangan di Jalan Tambunan-Keningau berhampiran Kampung Tikolod, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang memandu lori Nissan dikatakan bergerak dari Tambunan menuju ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, ketika tiba di selekoh menuruni bukit, pemandu terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan hingga lori yang muatan kayu itu terbabas sebelum terbalik ke sebelah kiri jalan.

Katanya, akibat kemalangan itu mangsa tercampak keluar dari tempat pemandu lalu dihempap oleh muatan balak dibawa mangsa.

“Ketika kejadian mangsa masih sedar lalu dibawa ke Hospital Tambunan, di sini, untuk rawatan lanjut.

“Pada 8.45 malam, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost