
KOTA KINABALU: 13 lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 20 Julai hingga 2 Ogos.
Timbalan Perdana Menteri, Sabah merekodkan kawasan PKPD terbanyak di lapan lokaliti berlainan antaranya Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-Ranau, Sipitang; Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya dan Kuarters Kilang Permai Kaya di Kota Kinabalu.

Kampung Muhibbah, Beaufort; Ladang Agathis, Kalabakan; Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru di Sipitang; Kampung Dandulit Matunggong, Kudat; Kampung Bakalau, Beaufort; dan Kampung Nosoob, Penampang.
Sementara itu, kerajaan turut mengumumkan PKPD di Kampung Serudung Baru, Tawau yang tamat pada esok dilanjutkan dua minggu sehingga 2 Ogos.
Dalam pada itu, PKPD di lima lokaliti di Sabah yang bermula pada 6 Julai lalu akan tamat esok.
Lokaliti berkenaan adalah Kampung Jambatan Baru, Beaufort; Blok 6, Kampung Titingan, Tawau.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost






