(VIDEO) Polis Buru Wanita Lolos Pagar Kawat duri, Lari Dari PKPD

Tangkap layar video menyaksikan seorang wanita menyelinap keluar dari kawasan PKPD di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu, tular di media sosial.

KOTA KINABALU: Satu video memaparkan seorang wanita meloloskan diri menerusi pagar kawat duri dipercayai di Bandaran Berjaya, tular di media sosial, hari ini.

Kawasan berkenaan adalah antara yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam hingga 25 Jul depan.

Video dari aplikasi TikTok berdurasi 0.31 saat yang dirakam kira-kira jam 8.30 malam tadi itu, menyaksikan wanita berbaju putih dan berseluar jeans itu sanggup meniarap untuk meloloskan diri dari kawat duri yang dipasang sebelum berlari ke arah bangunan berhampiran.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.

https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.470.2_en.html#goog_898055413Katanya, pihak polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Kita nasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya terus mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah PKPD,” katanya. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *