Rekod Baharu! 11,079 kes Covid-19, 125 Kematian Dicatat Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 11,079 kes baharu Covid-19, iaitu rekod tertinggi dilaporkan dengan 125 kematian.

Sebelum ini rekod tertinggi dilaporkan adalah pada 10 Julai lalu iaitu 9,353 kes.

Seramai 5,990 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan 753,328 daripada 855,949 pesakit Covid-19 sembuh, manakala angka korban meningkat kepada 6,385 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 96,236 kes aktif di seluruh negara dengan 456 daripada 972 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 5,263 kes, iaitu kira-kira separuh daripada jumlah keseluruhan.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 1,521 kes, Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321), Sabah (239), Pulau Pinang (234), Kelantan (211), Terengganu (93), Putrajaya (77) dan Labuan (60), manakala Perlis tidak mencatatkan kes baharu.

Daripada jumlah kes baharu itu, 27 ialah kes import dan baki 11,052 penularan tempatan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *