Covid-19: Lagi Rekod Baharu!, 9,353 Kes Direkod Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi untuk jangkitan harian Covid-19 yang mencatatkan 9,353 kes hari ini berbanding 9,180 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 827,191 kes setakat ini.

Katanya, Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan jangkitan tertinggi, dengan 4,277 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur (1,398), Melaka (835), Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364), Sarawak (352), Sabah (251), Pahang (247), Pulau Pinang (180), Perak (145), Kelantan (89), Labuan (85), Terengganu (50), Putrajaya (39) dan Perlis (4).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *