Lebih 10 Rumah Rosak Akibat Ribut, Terputus Bekalan Elektrik Di Beluran

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kejadian ribut dan hujan lebat turut menyebabkan tiang-tiang elektrik di kampung terbabit tumbang.

BELURAN: Lebih sepuluh buah rumah di Kampung Keniogan, Beluran musnah akibat ribut pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kejadian ribut dan hujan lebat turut menyebabkan tiang-tiang elektrik di kampung terbabit tumbang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kejadian ribut dan hujan lebat turut menyebabkan tiang-tiang elektrik di kampung terbabit tumbang.

Difahamkan, ada penduduk turut merakamkan fenomena belalai air semasa kejadian terbabit sebelum ia tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintdan Kasim Muda berkata, kejadian angin kencang telah merosakkan bumbung zink rumah mangsa.

Menurutnya, ada penduduk melaporkan rumah mereka mengalami kerosakan sehingga 50 peratus terutama pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.

“Bekalan elektrik keseluruhan kampung juga terputus akibat tiang elektik yang tumbang.

“Selain itu terdapat juga pokok tumbang yang telah mengakibatkan papan tanda sekolah kampung berkenaan rosak.

“Namun setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa. – AWANI

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kejadian ribut dan hujan lebat turut menyebabkan tiang-tiang elektrik di kampung terbabit tumbang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *