9 Individu Disaman Buat ‘U Turn’ Haram Di Jalan Penampang Bypass

Antara individu yang disaman. foto IPD Penampang

PENAMPANG: Seramai sembilan pengguna jalan raya dikenakan saman selepas didapati membuat pusingan ‘U’ secara haram di Jalan Penampang Bypass, di sini, semalam.

Saman berkenaan dikeluarkan ekoran tindakan pengguna jalan raya yang ingkar terhadap penguatkuasaan peraturan lalulintas di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang, Inspektor Jupri Usman dan dibantu lima anggota polis.

Katanya, operasi Op Abai Lalulintas ini diadakan dalam usaha membanteras tindakan pengguna jalan raya yang masih degil membuat pusingan ‘U’ walaupun jalan berkenaan sudah diletakkan konkrit penghadang.

“Dalam operasi kali, polis mengeluarkan sembilan saman terhadap pengguna jalan raya yang ingkar dengan membuat pusingan ‘U’ secara haram.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalulintas yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, polis Daerah Penampang akan sentiasa komited dalam memburu pesalah-pesalah jalan raya dan tindakan undang-undang bakal dikenakan kepada individu yang masih ingkar. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *