Tangkap Ular Dirumah Orang Dikuarantin Covid-19

Anggota bomba berjaya menangkap ular di bilik air rumah pemanggil.

PENAMPANG: Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mendapatkan kebenaran daripada Ibu Polis Daerah (IPD) Penampang sebelum dibenarkan masuk ke dalam rumah pemanggil yang dikuarantin untuk menangkap ular.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, anggota bomba juga terpaksa menjalani proses sanitasi bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid-19.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.45 pagi.

Katanya, sepasukan dan mengerahkan sepasukan tiga anggota dan seorang pegawai dikerah ke lokasi kejadian bagi untuk menjalankan operasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian. Anggota bomba terus mengenakan Sut Pakaian Perlindungan Diri (PPE) dan menjalani proses sanitasi sebelum masuk menangkap ular.

“Ular sepanjang kira-kira 2 meter itu kemudiannya berjaya ditangkap di bilik air rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zainal berkata, selepas ular berkenaan berjaya ditangkap menggunakan alat penangkap, tiada lagi kemerbahayaan lain yang wujud dan tiada mangsa yang terlibat.

Katanya, pasukan bomba kemudiannya sekali lagi menjalani proses sanitasi dan operasi tamat pada jam 10.05 pagi. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *