ESSCOM Senarai Empat Suspek Baharu Orang Dikehendaki

LAHAD DATU: Empat suspek warga Indonesia dimasukkan dalam senarai individu dikehendaki oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi tempoh Jun hingga Disember ini.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, kesemua individu ini terlibat dalam kegiatan penculikan di Tambisan pada 2019.

Empat individu ini ialah Tista Hussein selaku ketua yang melakukan penculikan di Tambisan, Ahadin Hussein iaitu adik Tista, Ellam Sajirin @ Nasirin dan Ismuran Jirah.

Beliau berkata, empat lagi individu yang berada dalam senarai sedia ada sudah dineutralkan oleh pasukan keselamatan Filipina.

Keempat-empat yang dikeluarkan daripada senarai ini adalah hasil daripada kejayaan operasi pasukan keselamatan Filipina serta operasi menumpaskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Beaufort.

Dengan tambahan empat suspek baharu ini, senarai orang dikehendaki ESSCOM kekal 20 orang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *