Kembali Melonjak, 6,440 Kes Positif Covid-19 Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian kesihatan melaporkan sebanyak 6,440 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Dalam muat naik di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah angka 685,204.

Selangor terus catat angkat kes harian tertinggi iaitu 2,095.

Ia diikuti Negeri Sembilan yang mencatatkan 870 kes, Kuala Lumpur (816), Johor (592), Sarawak (536), Perak (357), Melaka (223), Kelantan (200), Sabah (199), Kedah (159), Labuan (152) dan Pulau Pinang (122).

Negeri dan kawasan lain seperti Pahang, Terengganu dan Putrajaya, masing-masing mencatatkan angka di bawah 100 kes.

Sementara itu, Perlis yang beberapa hari mencatatkan sifar kes, hari ini merekodkan sebanyak dua kes baharu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *