Guru Dijangkiti Covid-19 Boleh Tuntut RM300

PUTRAJAYA: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menggesa ahli yang disahkan positif Covid-19 membuat tuntutan manfaat kebajikan sehingga RM300.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, manfaat terbaharu diwujudkan YGMB ini boleh dituntut sejak Jun tahun lalu.

Datuk Wan Munadi Wan Mamat

Menurutnya ,manfaat baharu itu diperkenalkan YGMB susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara pada awal tahun lalu.

Katanya, ada dikalangan ahli yang masih belum mengetahui inisiatif baharu ini.

“YGMB berharap manfaat baharu ini dapat meringankan beban ahli yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya semalam.

Wan Munadi berkata, semua kategori ahli YGMB membabitkan ahli Seumur Hidup, ahli Skim 16, ahli Skim 18 dan terbaharu Skim Emas layak untuk membuat tuntutan sekiranya disahkan positif Covid-19.

Katanya, atas faktor peningkatan kes harian Covid-19 ketika ini, YGMB juga menerima banyak tuntutan daripada ahli-ahli yang disahkan positif pandemik ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Munadi berkata, YGMB turut melancarkan Skim Emas kepada warga pendidik sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-50.

“Skim dijayakan dengan kerjasama Takaful Ikhlas Family Berhad ini berbeza daripada yang lain kerana jangka hayat perlindungan ahli sehingga 80 tahun”. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *