Covid-19: 4,949 Kes Baharu, 60 Kematian, 921 Lagi Pesakit Di ICU

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 4,949 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan 60 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 71,625 kes aktif dan 921 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 459 memerlukan bantuan pernafasan.

Belaiu berkata, jumlah jangkitan kini adalah 662,457.

Kes sembuh pula sebanyak 6,588 dengan jumlah kumulatif 586,864.

Sementara itu, sebanyak 60 kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 3,968.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,523 kes.

Ia diikuti Sarawak sebanyak 744 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323), Sabah (273), Pulau Pinang (214), Kelantan (214), Kedah (199), Melaka (119), Perak (136), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61) dan Putrajaya (10).

Daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import manakala baki 4,943 penularan tempatan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *