6,849 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 6,849 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam hari ini.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 646,411 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 2,558.

Sabah mencatatkan kenaikan 309 kes baharu hari ni, berbanding 233 kes semalam.

Berikut merupakan pecahan kes baharu pada hari ini bagi setiap negeri:

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost