Gangguan Bekalan Air Sekitar Sepanggar Selesai Menjelang 2023

Bung (kanan) ketika meninjau suasana keadaan Loji Rawatan Air Telibong

TAMPARULI: Gangguan bekalan air yang dialami penduduk di beberapa kawasan sekitar Parlimen Sepanggar dijangka pulih selepas Loji Rawatan Air Telibong Fasa Dua beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, projek itu bakal meningkatkan  kapasiti 160 juta liter sehari (MLD) berbanding 80 juta MLD ketika ini.

Bung (tengah) ketika meninjau suasana keadaan Loji Rawatan Air Telibong

“Projek ini tertangguh dari jadual asal penyiapannya, pihak kontraktor telahpun diberikan pelanjutan masa untuk menyiapkanya dan berharap ianya dapat disiapkan seawal tahun 2023 agar isu gangguan bekalan air di Sepanggar dan sekitarnya dapat ditangani segara” katanya ketika dtemui selepas mengadakan lawatan melihat kemajuan perlaksanaan projek Loji Rawatan Air Telibong Fasa 2, hari ini.

Turut serta Pengarah Air Negeri Sabah Edward Lingkapo, Pegawai-Pegawai kanan Jabatan Air dan Konsultan projek berkenaan.

Bung berkata, beliau ingin melihat setiap bulan projek itu mempunyai kemajuan dalam pelaksanaannya dari kontraktor yang diamanahkan agar ianya mampu siap sepenuhnya nanti.

“Kita bukan mendesak kontraktor pelaksana, kita faham dalam setuasi sekarang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkankuasakan antara kakangan yang dihadapi mereka, namun jangan jadikan ini sebagai alasan,” katanya.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kapasiti sedia ada ketika ini tidak dapat menampung keperluan air bersih yang  meningkat berikutan pertumbuhan pesat  bandar raya Kota Kinabalu menyebabkan ada kawasan berdepan dengan gangguan air.

Katanya, terdapat juga faktor lain menyebabkan gangguan bekalan air seperti pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo, kecurian air dan pencemaran air sungai. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *