Covid-19: Sabah Catat 259 Kes Positif & Dua Kluster Baharu Hari Ini

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata banyak aspek perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat oleh MKN.

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan dua kluster baharu COVID-19 sementara kes positif sebanyak 259 pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Gambaron Telupid Sandakan mencatatkan 12 kes baharu dan Kluster Kg Blok 31 Tawau pula sebanyak 31 kes.

Katanya, Tawau mencatatkan kes terbanyak iaitu 58 kes, diikuti Sandakan 32 kes, Kota Kinabalu 20 kes, Kunak 19 kes, Papar 19 kes, Penampang 17 kes, Kota Marudu 13 kes, Lahad Datu 12 kes dan Nabawan 12 kes.

Menurutnya, Kota Belud  dan Tuaran masing-masing mencatatkan 9 kes, Keningau 8 kes, Kudat 7 kes, Beaufort 5 kes, Putatan 5 kes. Telupid, Semporna dan Ranau masing-masing 3 kes.

Sementara itu katanya, Kalabakan dan Kuala Penyu masing-masing dua kes dan Tambunan satu kes.

Daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes ialah Beluran, Kinabatangan, Tongod , Tenom, Pitas dan Sipitang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost