PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Sabah Bermula 5 Jun

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di beberapa kawasan di Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 5 Jun hingga 18 Jun ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid -19.

Di Sabah, ia melibatkan Kampung Pengaraban, Kudat dengan lapan dikesan positif.

Sementara itu di Tawau, empat lokaliti dikenakan PKPD melibatkan Taman Milenium, Taman Wawasan, Kawasan Semarak dan Kampung Jawa Kongsi 10.

“Sehingga kini, KKM merekodkan 96 kes positif, iaitu 16 kes di Taman Milenium, Taman Wawasan (13), Kawasan Semarak (55) dan Kampung Jawa Kongsi 10 (12),” katanya ketika melaporkan perkembangan harian pelaksanaan PKP.

PKPD di negeri itu turut dilaksanakan di Kampung Sugud, Penampang, selepas 12 dikesan positif.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *