Rekod Tertinggi 126 Kematian, 7,703 Kes Positif Covid-19

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod kematian tertinggi akibat Covid-19 dengan 126 kes, manakala 7,703 jangkitan baharu dan 5,777 pesakit pulih.

Ini adalah korban tertinggi selepas 98 kematian dicatatkan pada Sabtu dan 79 Ahad lalu.

Jumlah jangkitan pula meningkat kepada 587,165 kes setakat ini, dengan 501,898 daripadanya pulih dan angka korban mencecah 2,993 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 82,274 kes aktif, dengan 878 daripada 441 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, dua ialah kes import dan baki 7,701 penularan tempatan membabitkan 6,860 warganegara dan 841 warga asing.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,728 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (701), Sarawak (588), Negeri Sembilan (586), Johor (554), Kelantan (541), Pulau Pinang (407), Kedah (283), Sabah (254), Pahang (237), Perak (224), Terengganu (224), Melaka (209), Labuan (159), Perlis (7) dan Putrajaya (1).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *