Covid-19: Sabah Catat 207 Kes Positif & Satu Kluster Baharu

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sebanyak 207 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan satu lagi kluster baharu dilaporkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Milenium, Tawau merekodkan sebanyak 31 kes.

Katanya, Sandakan mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 36 kes, diikuti Tawau 28 kes, Kunak 22 kes, Kota Kinabalu 22 kes, Penampang 17 kes, Tuaran 12 kes, Lahad Datu 12 kes, Kota Belud 10 kes, Putatan 10 kes, Beaufort 9 kes, Kudat 7 kes, Sipitang 5 kes, Semporna 4 kes, Kinabatangan, papar dan masing-masing 3 kes.

Sementara itu katanya, Ranau, Kota Marudu, Tenom dan Kalabakan semua mencatatkan satu kes sahaja.

Katanya, daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes ialah Beluran ,Telupid, Tongod, Pitas,Kuala Penyu, Nabawan dan Tambunan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost