Batuan PKP 3.0: Pemandu Teksi, Pemandu Pelancong, Kereta Sewa & E-Hailing, Bas Persiaran & Sekolah Terima “One-Off” RM500

KUALA LUMPUR: Bagi mengurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang terkesan akibat pandemik, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan RM500 tersebut akan diberikan kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 pemandu bas persiaran serta 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.

Jelas Muhyiddin, bantuan khas yang menelan kos sebanyak RM68 juta itu akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada Julai ini nanti.

Muhyiddin berkata demikian dalam Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 secara langsung pada malam ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *