BANTUAN PKP 3.0 : Golongan B40 & Rakyat Terjejas Diberi Moratorium Selama Enam Bulan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PUTRAJAYA: Semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberikan pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama enam bulan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, inisiatif ini akan dilaksanakan segera bermula bulan Jun yang akan memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ini.

“Industri perbankan akan mula memberikan maklumat terperinci berkaitan dengan ini bermula esok,” katanya menerusi perutusan khas mengenai Bantuan PKP 3.0.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *