vivo V21 : Telefon Pintar Dengan Teknologi Selfie Terbaik Di Pasaran

KUALA LUMPUR : Telefon pintar siri vivo V21 yang dilancar di Malaysia hari ini bakal menjadi siri swafoto terbaik dalam jenama itu dengan pelbagai penampilan berasaskan teknologi terkini.

Menurut vivo Malaysia, siri vivo V21 bakal menjadi telefon vivo siri V pertama yang dilengkapi teknologi vivo V RAM Tambahan yang akan membekalkan tambahan daripada storan dalaman sebanyak 3GB. Selain itu, ia juga akan dilengkapi cipset Dimensity 800U dan RAM 8GB.

Reka Bentuk & Skrin Paparan

Apabila diambil sahaja daripada kotak, tumpuan kami terus terarah kepada panel belakang Vivo V21 ini yang hadir didalam kemasan gradiasi dwi-tona yang sangat menarik.

Walaubagaimanapun kemasan ini juga mempunyai sedikit kekurangan dimana kesan capjari adalah sangat mudah ‘melekat’ pada panel belakang ini walaupun ianya dilapisi gelas AG Matte yang memberikan satu penampilan yang premium.

Selain itu, Vivo V21 hadir dengan profil yang sangat nipis iaitu hanya 7.38mm dengan berat sekitar 177 gram sahaja.

Ini membolehkan penggunaan telefon pintar ini adalah sangat selesa walaupun dengan hanya sebelah tangan.

Selain itu, pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kuasa yang tampil dengan reka bentuk bergerigi dan butang kelantangan bunyi manakala slot SIM pada Vivo V21 ini diletakkan dibahagian bawah iaitu bersebelahan dengan slot USB-C dan gril speaker.

Beralih kepada skrin, Vivo V21 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.44-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Paparan yang ditawarkan pada Vivo V21 ini mempunyai kadar kecerahan maksima 800nits dan panel ini juga mempunyai sokongan HDR10+.

Penggunaan skrin paparan AMOLED juga membolehkan sensor capjari telefon pintar ini diletakkan dibawah skrin.

Selain itu, Vivo V21 juga mempunyai takukan pada bahagian tengah dan ini menempatkan kamera selfie 44MP yang lengkap dengan OIS.

Secara keseluruhanya, skrin paparan yang dimiliki Vivo V21 adalah sangat vivid dan pengalaman menggunakan telefon pintar dengan skrin adalah sangat memuaskan dan imersif.

Pemproses

Vivo V21 hadir dengan cip MediaTek 800U yang juga membawakan teknologi Extended RAM iaitu telefon pintar pertama Vivo untuk hadir dengan teknologi ini.

Extended RAM secara asasnya adalah satu mekanisma yang mana sejumlah storan dalaman (ROM) digunakan sebagai RAM tambahan iaitu sehingga 3GB dan ini menjadikan jumlah RAM yang ditawarkan pada telefon pintar ini adalah 11GB (8GB + 3GB).

Selain itu, penggunaan storan jenis UFS 2.2 yang hampir 100% lebih baik berbanding jenis storan yang digunakan pada Vivo V20 juga amat membantu operasi ‘write and read’ fail pada telefon pintar ini.

emproses MediaTek 800U ini menawarkan satu prestasi memuaskan tanpa terlalu banyak isu untuk kegunaan harian kami.

Antaramuka yang digunakan pada Vivo V21 ini adalah FunTouch OS 11.1

Kamera

Kamera merupakan ciri mercu Vivo V21 baik kamera selfie 44MP OIS ataupun kamera belakang yang terdiri daripada tiga kamera.

Kamera selfie yang ditawarkan pada Vivo V21 ini adalah sensor kamera selfie pertama dipasaran yang memiliki OIS atau Optical Image Stabilization.

Vivo V21 hadir dengan dua lampu flash

Ini membolehkan Vivo V21 mengambil gambar selfie yang baik tanpa gegaran dan juga membantu menghasilkan gambar selfie malam yang lebih baik.

Vivo V21 ini juga hadir dengan ciri rakaman video 4K pada kamera selfie yang pasti diminati oleh vlogger.

Beralih kepada kamera hadapan, Vivo V21 hadir dengan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor wide-angle 8MP dan sensor super makro 2MP.

Antara muka kamera Vivo V21 ini sangat mudah digunakan dan ianya menawarkan pengguna satu pakej kamera yang setimpal dengan harganya.

Walaupun fokus Vivo V21 adalah pada kamera selfie, kamera belakang yang dimiliki Vivo V21 juga tidak mengecewakan kami.

Bateri

Vivo V21 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mampu menawarkan anda jangka hayat bateri yang baik.

Secara purata, Vivo V21 dilihat mampu memberikan anda sehingga 6 atau 7 jam waktu skrin secara berterusan yang bermaksud ianya mampu mengharungi satu hari pengunaan tanpa perlu dicaj.

Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan Vivo V21 dengan lebih agresif, bateri 4,000mAh ini ditawarkan dengan sokongan pengecasan pantas 33W FlashCharge yang menawarkan pengecasan sehingga ke tahap 63% didalam masa 30 minit sahaja.

Penutup

Vivo V21 terbukti sebagai sebuah telefon pintar yang membawa fotografi selfie ke tahap yang lebih baik khususnya dengan sensor selfie 44MP  OIS yang mana ianya adalah sensor kamera selfie pertama dipasaran untuk hadir dengan OIS.

Siri vVivo V21 boleh dibeli di pengedar sah dan kedai konsep vivo Malaysia di seluruh negara atau melalui pembelian atas talian dengan klik pautan di bawah:

E-store: http://bit.ly/V21KOLUnboxing

Lazada: http://bit.ly/LazadaV21SeriesUnboxing

Shopee: http://bit.ly/vivoV21Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *