Lelaki Cekik Isteri, Bagi Anak Minum Racun Serah Diri

Ketua Polis Beaufort, Yusoff Zaki (kiri) dan suspek (kanan).

BEAUFORT: Suspek lelaki yang diburu polis selepas didakwa mencekik dan memberi anak minum racun akhirnya menyerah diri, hari ini.

Lelaki berusia 43 tahun terbabit menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort pada jam 9.40 pagi selepas menghilangkan diri sejak 16 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik ditahan, siasatan segera dilakukan terhadap suspek mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, suspek bagaimanapun tidak mengaku ada memberi minum racun kepada mangsa, malah menyatakan perkara berkenaan adalah fitnah yang dibuat terhadapnya.

“Siasatan lanjut akan dijalankan terhadap suspek dan pihak akan membawa lelaki terbabit ke Mahkamah Majistret Beaufort esok untuk permohonan reman.

“Suspek turut dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) untuk ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, pihaknya turut merampas satu botol mineral 500ml jenama Sasa dan satu botol racun rumpai jenama Zagro Pounce 410 untuk membantu siasatan lanjut.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, suspek dikatakan berang terhadap isterinya kerana mahu pulang ke kampungnya di Keningau.

Bagaimanapun, suspek didakwa bertindak luar batasan apabila memberi racun kepada anak perempuan mereka di rumah mereka di Kampung Bundu, Kuala Penyu, di sini.

Selain itu, suspek turut didakwa bertindak mencekik anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *