COVID-19: Sabah Catat 60 Kes Positif, 2 Kluster Baharu & 1 Kematian Hari Ini

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan dua kluster baharu COVID-19, 60 kes baharu dan 1 kematian hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sungai Langgas Kunak dan Kluster Jalan Imam Jalilul Tawau masing-masing mencatatkan 19 dan 11 kes.

“Tawau mencatatkan kes tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 22 kes, Kota Kinabalu (8 kes), Semporna (8 kes), Penampang (7 kes), Lahad Datu (4 kes), Papar (4 kes) dan Kunak (3 kes).

“Daerah Tuaran, Putatan, Tenom dan Keningau pula masing-masing mencatatkan satu kes,” katanya pada aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.

Beliau berkata, daerah seperti Beluran, Telupid, Sandakan, Kalabakan, Tongod, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Nabawan, Tambunan dan Kinabatangan pula tidak mencatatkan sebarang kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *