4,140 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menunjukkan sedikit peningkatan apabila 4,140 kes direkodkan hari ini berbanding 4,113 kes semalam menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 466,330.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter beliau berkata, dalam tempoh itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,507 kes diikuti Johor (433) dan Kuala Lumpur (398).

Pulau Pinang merekodkan sebanyak 338 kes diikuti Sarawak (324), Kedah (239), Negeri Sembilan (190), Perak (182), Terengganu (119), Pahang (116), Melaka (97), Sabah (60), Putrajaya (23), Labuan (tiga) dan Perlis (dua).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *