Lelaki Tersepit Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dari kenderaan MPV.

PAPAR: Seorang lelaki tersepit selepas terbabit kemalangan di Jalan Benoni-Langkawit di sini petang tadi.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Norman Karim berkata kejadian jam3.04 petang itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mangsa dan kereta pacuan empat roda.

“Kedua-dua kenderaan bertembung menyebabkan pemandu tersepit dan pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas iaitu ‘Hidraulic Cutter’.

“Mangsa terbabit mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan seterusnya di beri rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum diserahkan kepada pihak perubatan untuk dihantar ke Hospital Papar bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya lima penumpang serta pemandu di kereta pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum menamatkan operasi jam 3.30 petang.

Dalam pada itu katanya operasi dilaksanakan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dan mengambil jarak sejauh tujuh Kilometer ke lokasi. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *