COVID-19: 3,332 Kes Baharu, 15 Lagi Kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 3,332 kes baharu Covid-19 dan 15 kematian, manakala 1,943 pesakit pulih.

Ini adalah hari kedua berturut-turut jumlah jangkitan melepasi 3,000 kes.

Dengan itu, keseluruhan jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 404,925 kes, dengan 375,340 daripadanya kes sembuh dan 1,492 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 28,093 pesakit sedang dirawat, dengan 147 daripada 309 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sembilan ialah kes import dan baki 3,323 kes penularan tempatan yang terdiri daripada 3,099 warganegara serta 224 warga asing.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,083 kes.

“Daripada jumlah ini, 741 kes (68.4%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia disusuli Sarawak (522), Kelantan (401), Kuala Lumpur (359), Johor (207), Pulau Pinang (158), Sabah (131), Negeri Sembilan (111), Kedah (105), Pahang (92), Perak (91), Melaka (43), Terengganu (19), Putrajaya (sembilan) dan Perlis (satu).

Labuan tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Noor Hisham berkata, masing-masing empat kematian dicatatkan di Kelantan dan Kuala Lumpur, manakala Selangor (tiga), Sarawak (dua) serta masing-masing satu kematian di Johor dan Sabah.

Katanya, ia membabitkan 13 warganegara dan seorang warga asing yang berusia 26 hingga 91 tahun, dengan semua kecuali tiga mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, strok dan dislipidemia.

Tiga daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *