COVID-19: 2,733 Kes Baharu, 13 Kematian Direkodkan

Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 398,451 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 750 kes diikuti Kelantan (484) dan Sarawak (432).

Jelasnya, sebanyak 2,019 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 371,575 kes.

Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 25,414.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 13 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,462.

“Seramai 294 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 138 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Selasa.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *