COVID-19: 2,776 Kes Baharu, 13 Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan sebanyak 2,776 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 395,718 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripada jumlah itu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah 24,713 kes.

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 762 kes dan diikuti Sarawak (615), Kelantan (343), Johor (309), Kuala Lumpur (254), Sabah (233) dan Pulau Pinang (123).

Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 13 kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,449 kes.

Setakat ini, sebanyak 300 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 133 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,803 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 369,556 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *