PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,717 kes baharu Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan daripada jumlah kes baharu itu, 2,691 adalah penularan tempatan manakala 26 jangkitan di luar negara.
Dengan itu, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 390,252 kes.
Selangor mencatat kes baharu tertinggi dengan 768 kes, diikuti Sarawak (570), Kelantan (518), Kuala Lumpur (240) dan Pulau Pinang (134).
Sebanyak 132 kes direkodkan di Sabah, diikuti Johor (126), Perak (54), Terengganu (50), Kedah (34), Melaka (30), Negeri Sembilan (27), Pahang (22), Putrajaya (11), Perlis (satu) selain tiada kes baharu di Labuan.
Ketika ini, 22,926 sedang dirawat, dengan 272 di unit rawatan rapi (ICU) dan 124 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 2,292 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 365,900.
Pertambahan 11 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,426.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost