17 Rumah Musnah Terbakar Di Kampung Dumpil

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman di lokasi kebakaran yang memusnahkan 17 rumah penduduk.

PENAMPANG: Selang beberapa jam selepas kebakaran memusnahkan 33 rumah keseluruhan di Kampung Sundang Laut Sandakan dan Kampung Sri Pandan Putatan, penduduk sekali lagi diuji apabila 17 rumah musnah dalam kejadian sama di Kampung Dumpil Jalan Lok Kawi Lama di sini jam 10 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zainal@ John Radsung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.19 malam dan menggegaskan 30 pasukan ke lokasi sejauh 14 kilometer.

Keadaan rumah mangsa yang terlibat kebakaran di Kampung Dumpil, Putatan.

“Sebaik tiba pasukan bomba dari BBP Penampang dengan bantuan BBP Kota Kinabalu melakukan pemadaman dengan teknik ‘Offensive Firefighting’ dan berjaya mengawal kebakaran tersebut daripada merebak di kawasan berhampiran.

“Tindakan pantas pasukan bomba mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit itu berjaya menyelamatkan puluhan rumah berhampiran daripada turut terbakar,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 17 struktur rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan sebanyak 300X200 kaki persegi musnah dalam kejadian ini bagaimanapun tiada kecederaan serta kemalangan jiwa direkodkan.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.33 pagi,” katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *