PKPD Di Tujuh Lagi Lokaliti Di Sabah Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 7 lokaliti di Sabah mulai esok hingga 1 Mei ini.

Tujuh lokaliti di Sabah terdiri daripada Sekolah Menengah Agama di Kota Kinabalu, Kampung Bikang, Kampung Kadumu, Taman Khazanah Indah di Lahad Datu serta Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang dan Taman Berkley di Tawau.

Katanya, 55 kes positif dilaporkan di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu, manakala Kampung Bikang, Kampung Kadumu dan Taman Khazanah Indah mencatatkan 13 kes secara keseluruhan, sementara Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang serta Taman Berkley merekodkan kumulatif 27 kes.

Pelaksanaan PKPD di lokaliti itu susulan peningkatan kes Covid-19.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

9982