Ibu Cedera, Kenderaan Dipandu Anak Rempuh Belakang Lori

TAWAU; 15 APRIL 2021 (Khamis) : Seorang wanita berumur 53-tahun mengalami kecederaan selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan sebuah pacuan empat roda dan lori di batu 8 Jalan Apas, Tawau, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, wanita terbabit merupakan penumpang pacuan empat roda yang dipandu anak lelakinya (26-tahun) telah terlanggar lori terbabit ketika sedang dalam perjalanan dari daerah Kunak menuju ke bandar Tawau dalam kejadian kira-kira pukul 5.20-pagi.

Katanya, wanita berkenaan yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan mengalami kecederaan di bahagian kepala, luka di bahagian muka dan mulut, manakala pemandu pacuan empat roda berkenaan mengalami luka kecil di bahagian dahi.

Menurut ACP Peter, siasatan mendapati kejadian adalah berpunca apabila pemandu pacuan empat roda terbabit dipercayai terlelap menyebabkan kenderaan dipandunya terlanggar bahagian belakang lori yang berada dihadapannya.

Katanya, akibat kemalangan itu, pacuan empat roda mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan sebelah kiri, manakala lori yang membawa muatan kelapa sawit berkenaan tidak mengalami sebarang kerosakan.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *