1,889 Kes Positif Baharu Covid-19, 8 Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 1,889 kes baharu Covid-19 berbanding 1,485 pesakit sembuh dan lapan kematian.

Ini menjadikan 347,780 kes pulih daripada keseluruhan 365,829 kes Covid-19 dengan 1,353 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 16,696 kes aktif, dengan 204 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, kes baharu itu melibatkan enam kes import dan 1,883 kes penularan tempatan yang terdiri daripada 1,689 warganegara dan 194 warga asing.

Katanya, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 517 kes.

Ia disusuli Sarawak dengan 489 kes, Kelantan (226), Sabah (142), Kuala Lumpur (134), Pulau Pinang (92), Johor (84), Perak (56), Kedah (53), Negeri Sembilan (51), Terengganu (14), Pahang (13), Putrajaya (lapan), Melaka (enam), Perlis (tiga) dan Labuan (satu).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *