1 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Esok

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud, Sabah bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Kampung Tanjung Batu Keramat terpaksa dilakukan selepas 17 kes positif COVID-19 direkodkan hasil 25 ujian saringan ke atas penduduk lokaliti itu hingga semalam.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi serta masih terdapat empat lagi sampel ujian sedang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti itu berkuat kuasa 15 April (esok) hingga 28 April ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan situasi terkini itu, katanya kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti terbabit berkuat kuasa esok hingga 28 April ini.

Pelaksanaan PKPD untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes disyaki COVID-19 serta kontak rapat supaya dapat diasingkan secepat mungkin.

Ia juga untuk menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar di semua lokaliti terbabit.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

6232