PKPD: Penduduk Kosongkan Rumah Berdepan Tindakan Kuarantin Wajib Di Pusat Kuarantin IPG Balung

TAWAU; 12 APRIL 2021 (Isnin) : Penduduk yang didapati mengosongkan rumah sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Tawau akan diarah melakukan ‘swab test’ setelah selesai PKPD dan bakal dikuarantinkan sekurang-kurangnya 14 hari di pusat kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung.

Pegawai Pejabat Kesihatan Tawau, Doktor G. Navindran berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan membuat tindakan itu setelah mendapati ramai penduduk ingkar dengan mengosongkan rumah masing-masing samaada berpindah ke rumah keluarga atau rumah ibubapa yang bukan di kawasan PKPD.

Beliau berkata demikian kepada RTM di pejabatnya di Tawau.Beliau berkata, dianggarkan 20 hingga 40-peratus penduduk dikawasan PKPD telah mengosongkan rumah masing-masing sehari sebelum pemasangan kawat berduri atau penutupan jalan dilakukan pihak berkuasa.

Menurutnya juga, perbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sama sekali dan risiko pembawa penularan COVID-19 ke kawasan lain serta menjangkiti ahli keluarga dan orang lain adalah amat tinggi.

Beliau turut merayu penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD agar membuat swab test yang dibuat pihaknya secara berterusan dikawasan-kawasan berkenaan.

Jelasnya, jika didapati kesemua penduduk memperoleh keputusan saringan COVID19 adalah ‘negatif’ dan diistihar selamat, PKPD berkemungkinan akan ditarik balik lebih awal.

Beliau juga merayu agar penduduk Tawau terus kekal di rumah, dan tidak keluar melainkan urusan kecemasan selain mengamalkan kebiasaan baharu dengan amalan SOP kendiri dengan ketat.Kini terdapat 13 lokaliti kesemuanya di daerah Tawau yang terlibat PKPD berikutan peningkatan kes mendadak di daerah ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Sementara itu, pasukan keselamatan sedang giat memasang kawat duri di semua kawasan terlibat PKPD bagi menghalang pergerakan penduduk keluar dari kawasan kediaman.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *