COVID-19: 1,854 Kes Baharu, 5 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat 1,854 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak kembali melaporkan kes tertinggi dengan 555 kes, diikuti Selangor dengan 403 kes.

Sementara itu, empat negeri lain melaporkan tiga angka kes, iaitu Pulau Pinang (176 kes), Kelantan (143), Sabah (135), dan Johor (103).

Kuala Lumpur juga melaporkan 135 kes.

Berikut bilangan kes baharu di negeri atau wilayah lain:

  • Negeri Sembilan (40)
  • Kedah (40)
  • Melaka (34)
  • Perak (29)
  • Terengganu (29)
  • Pahang (19)
  • Putrajaya (6)
  • Labuan (3)

Perlis satu-satu negeri tidak melaporkan kes baharu.

Sementara itu, perkembangan semasa kes Covid-19 melaporkan 1,247 mangsa pulih dan lima kematian.

Ini menjadikan 341, 489 kes pulih daripada keseluruhan 357,607 kes sehingga kini, dengan 1,313 kematian dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 14,805 kes aktif, dengan 169 pesakit sedang dirawat di ICU dan 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *