COVID-19: 1,300 Kes Baharu & 5 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini memaklumkan terdapat 1,300 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini.

Maklumat yang dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi KKM itu memaparkan terdapat sebanyak 1,276 kes tempatan dan 24 kes import.

Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 1,412 kes telah sembuh dan menjadikan jumlah kes sembuh adalah 337,868.

Turut dilaporkan, terdapat 5 kes kematian baharu pada hari ini menjadikan jumlah kes kematian adalah 1,300.

Berdasarkan infografik yang dimuat naik di laman Twitter KKM, Sarawak mencatatkan kes baharu tertinggi hari ini dengan 385 kes dan diikuti Selangor dengan 242 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

646