Dua Lagi Kawasan Dikenakan PKPD Di Sabah Bermula Esok

KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 15 April ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lokaliti berkenaan ialah di Kampung Rimbayan, Keningau dan Kampung Simpang 3A, Merotai Besar, Tawau.

Katanya, sehingga semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 29 kes positif COVID-19 direkodkan di Kampung Rimbayan.

“Sementara itu di Kampung Simpang 3A, Merotai Besar pula, sebanyak tujuh kes positif direkodkan manakala empat lagi masih menunggu keputusan.

“Kedua-dua lokaliti itu mempunyai peningkatan kes secara mendadak dan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan

saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta menyekat penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di lokaliti terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *