COVID-19: 941 Kes Baharu, Paling Rendah Tahun Ini , 5 Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 941 kes baharu Covid-19, kali pertama jumlah itu mencatatkan tiga angka sejak 959 kes dilaporkan pada 9 Dis 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,097 pesakit sembuh dan lima kematian dilaporkan.

Ini menjadikan 327,406 kes sembuh daripada keseluruhan 342,885 kes Covid-19 dengan 1,260 kematian direkodkan setakat ini.

Katanya, terdapat 14,219 kes aktif dengan 73 daripada 166 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan ialah kes import dan 933 kes penularan tempatan yang membabitkan 653 warganegara dan 280 warga asing.

Noor Hisham berkata, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 219 kes.

Ia disusuli Sarawak dengan 192 kes, Johor (171), Pulau Pinang (164), Kuala Lumpur (57), Kelantan (49), Sabah (34), Negeri Sembilan (18), Kedah (13), Melaka (lapan), Pahang (lima), Perak (lima), Terengganu (empat), Labuan (satu) dan Putrajaya (satu).

Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Lima kematian itu membabitkan empat warganegara dan seorang warga asing berusia 42 hingga 82 tahun, dengan empat daripadanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *