Polis Cari Tata Dehasus Susulan Kes Tetak Rakan Serumah

Suspek dikenali sebagai Tata Dehasus diburu polis.- Gambar ihsan POLIS

KINABATANGAN: Polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Tata Dehasus susulan kejadian menetak teman serumahnya di Ladang Malangking di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki berusia lingkungan 30 tahun disyaki suspek utama kejadian yang meragut nyawa rakannya itu.

Menurutnya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan termasuk dengan bantuan oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu di sekitar kawasan ladang berkenaan.

“Justeru, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Richarles Edward ditalian 089-561890 atau 014-3217050 untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan seorang lelaki berusia 30-an meninggal dunia dalam pergaduhan dua rakan serumah akibat dilibas dengan parang kelmarin berpunca masalah air di rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa cedera di perut sebelum meninggal dunia di Hospital Kinabatangan. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *