MASkargo Lancar Penerbangan Terus Tawau-Hong Kong

Penerbangan langsung Tawau-Hong Kong berjaya dilancarkan.

TAWAU: Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) anak syarikat MABkargo Sdn Bhd (MASkargo) julung kalinya melancarkan penerbangan langsung dari Tawau ke Hong Kong menerusi Lapangan Terbang Tawau (LTT), di sini.

Pengurus MASkargo Sabah, Shim Kwang Huat berkata penerbangan tersebut menggunakan pesawat jenis A330-300 yang akan beroperasi dua kali seminggu iaitu hari Rabu dan Sabtu.

“Penerbangan itu mengambil masa 3 jam 20 minit dan terus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong kong,”katanya ketika semasa sidang media, di sini.

Beliau berkata, penerbangan baharu langsung ke Hong Kong itu merupakan inisiatif pihak MASkargo selaras dengan peningkatan permintaan makanan laut di Hong Kong.

“Kita sedia maklum, daerah Tawau sangat terkenal dengan pelbagai jenis hasil laut dan sebelum ini terlalu banyak permintaan produk itu daripada negara luar terutamanya Hong Kong.

“Selepas beberapa kali perbincangan bersama dengan ejen berkaitan dan melihat potensi mengeksport hasil tersebut ke Hong Kong serta China maka MASkargo merealisasikan penerbangan ini,”katanya.

Menurutnya, Tawau merupakan hub strategik bagi Kawasan Pembangunan ASEAN Timur (BIMP EAGA) dan LTT sudah pasti turut berkembang sebagai hub pengangkutan yang utama.

“LTT juga berpotensi menjadi penerajui hub pengangkutan utama untuk  mengeksport barang mentah dari kawasan Pantai Timur Sabah, Indonesia dan Selatan Filipina,”katanya.

Katanya, selama ini, MASkargo hanya menggunakan pesawat kargo yang kecil sahaja dan tiada penerbangan langsung dari Tawau.

“Namun, dengan adanya peningkatan jumlah eksport ke luar negara, MASkargo mengambil keputusan untuk membawa pesawat jenis Airbus langsung dari Tawau ke luar negara bagi memenuhi permintaan eksport yang banyak.

“Penerbangan ini akan membantu memberangsangkan ekonomi tempatan dan merupakan peluang penduduk untuk menjalankan perniagaan ke luar negara,”katanya.

Pengurus Lapangan Terbang Tawau Hasbi Mohd Said berkata sebelum penerbangan ini beroperasi, kami telah mengadakan perbincangan termasuk bersama pihak berkuasa pernerbangan awam.

“Hasil perbincangan itu, LTT sudah cukup bersedia menerima operasi penerbangan sebegini dan kita berharap warga tempatan memberikan sokongan yang baik.

“Penerbangan ini merupakan satu peluang yang perlu direbut oleh orang Tawau khususnya yang ingin mengeksport barang mereka terutamanya ke Hong Kong,”katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *