Covid-19: 1,576 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,576 kes baharu positif Covid-19 dalam negara dengan Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi pada hari ini apabila melaporkan terdapat 407 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor pada hari ini mencatatkan sebanyak 348 kes, diikuti Kuala Lumpur (175), Pulau Pinang (182), Johor (137), Perak (100), Melaka (54) dan Kelantan (52).

Menurutnya, Negeri Sembilan pula mencatatkan 41 kes, Sabah (33), Kedah (25), Pahang (13), Terengganu (6), Labuan (2), Putrajaya (1) dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

“Kes baharu pada hari ini menjadikan kumulatif 330,042 kes positif Covid-19 dicatatkan dalam negara setakat ini.

“Daripada kes baharu yang dilaporkan itu, sebanyak 1,565 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 11 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan luar negara,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, pada hari ini juga dilaporkan kes sembuh mengatasi kes baharu apabila mencatatkan sebanyak 1,996 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes berjaya dirawat setakat ini adalah 314,457 kes.

Katanya, seramai 151 pesakit masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Dua kematian dilaporkan hari ini membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,225 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *